Sunday, January 27, 2019

Mesyuarat MPKK Kali ke 4 Tahun 2019

Mesyuarat MPKK kali ke 4 Tahun Tahun 2019 telah diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh : 22 Januari 2019 (Selasa)
Masa : 9:00 Malam 
Tempat : Bilik Mesyuarat MPKK Sg Duyong, Taman Seri Duyong Sek 2.

Agenda:-
1. Keselamatan Kampung/Taman Perumahan dari segi ancaman dadah, pecah rumah, maksiat, judi dll
2. Penurapan Jalan 2/12,
3. Pembinaan SRA JAIM Seri Duyong,
4. Program Sukan peringkat MPKK dll






Tuesday, December 25, 2018

Logo Rasmi MPKK Sungai Duyong



Keterangan Logo;
1. Warna Biru - Perpaduan.
2. Warna Hijau - Keamanan.
3. Warna Kuning - Bersih

Thursday, December 20, 2018

Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-2 Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-2 bertempat di PICC, Putrajaya bermula 28,29 dan 30 Disember 2018.






Manifesto Pakatan Harapan (Buku Harapan)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 
Buku ini mengandungi janji-janji kami PAKATAN HARAPAN kepada rakyat Malaysia apabila menubuh Kerajaan. Inilah dasar dan tindakan-tindakan yang akan kami laksana untuk memulih semula dan MEMBINA NEGARA serta MEMENUHI HARAPAN rakyat.

Klik link dibawah untuk download.
Buku Harapan 



Wednesday, December 19, 2018

JKKK dijenamakan semula kepada MPKK - YB Rina






Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) distrukturkan semula dan diberi jenama baharu, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Rina Mohd Harun.

Beliau berkata geran berjumlah RM10,000 akan diberikan kepada setiap MPKK di negeri-negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) dengan peruntukan keseluruhan tidak melebihi RM100 juta setahun.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di sini hari ini.
Katanya geran itu akan memberikan manfaat kepada 10,000 daripada 16,481 kampung di seluruh Malaysia.

Keputusan PRU 14 (2018)

 damian
YB. Damian Yeo Shen Li
N.21
DUYONG



Monday, December 17, 2018

Melaka Berwibawa


DEFINISI MELAKA BERWIBAWA : PINTAR, HIJAU, BERSIH

MELAKA BERWIBAWA
Melaka Berwibawa di definasikan sebagai sebuah negeri yang berkeupayaan tinggi, bertaraf global, mementingkan budaya dan warisan, progresif dan demokratik. Melaka secara inklusif dan inovatif adalah sebuah kerajaan yang sentiasa terbuka kepada penambahbaikan, dengan mengutamakan peningkatan kepintaran, kehijauan dan kebersihan serta peduli kepada rakyatnya.


PINTAR, HIJAU, BERSIH
PINTAR
Mengguna pakai ilmu pengetahuan sebaik mungkin ke arah kesejahteraan sejagat dengan penekanan terhadap kepintaran dan inovasi dunia digital
HIJAU
Menggembleng usahasama pelbagai lapisan masyarakat ke arah mewujudkan kelestarian alam semula jadi dan pembaziran sifar
BERSIH
Memupuk prinsip dan amalan kebersihan rohani dan jasmani secara menyeluruh segenap lapisan masyarakat