Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) distrukturkan semula dan diberi jenama baharu, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Rina Mohd Harun.
Beliau berkata geran berjumlah RM10,000 akan diberikan kepada setiap MPKK di negeri-negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) dengan peruntukan keseluruhan tidak melebihi RM100 juta setahun.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di sini hari ini.
Katanya geran itu akan memberikan manfaat kepada 10,000 daripada 16,481 kampung di seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment