Tuesday, December 25, 2018
Thursday, December 20, 2018
Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-2 Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-2 bertempat di PICC, Putrajaya bermula 28,29 dan 30 Disember 2018.
Manifesto Pakatan Harapan (Buku Harapan)
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Buku ini mengandungi janji-janji kami PAKATAN HARAPAN
kepada rakyat Malaysia apabila menubuh Kerajaan.
Inilah dasar dan tindakan-tindakan yang akan kami
laksana untuk memulih semula dan MEMBINA NEGARA
serta MEMENUHI HARAPAN rakyat.
Klik link dibawah untuk download.
Buku Harapan
Wednesday, December 19, 2018
JKKK dijenamakan semula kepada MPKK - YB Rina
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) distrukturkan semula dan diberi jenama baharu, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Rina Mohd Harun.
Beliau berkata geran berjumlah RM10,000 akan diberikan kepada setiap MPKK di negeri-negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) dengan peruntukan keseluruhan tidak melebihi RM100 juta setahun.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di sini hari ini.
Katanya geran itu akan memberikan manfaat kepada 10,000 daripada 16,481 kampung di seluruh Malaysia.
Monday, December 17, 2018
Melaka Berwibawa
DEFINISI MELAKA BERWIBAWA : PINTAR, HIJAU, BERSIH
MELAKA BERWIBAWA
|
Melaka Berwibawa di definasikan sebagai sebuah negeri yang berkeupayaan tinggi, bertaraf global, mementingkan budaya dan warisan, progresif dan demokratik. Melaka secara inklusif dan inovatif adalah sebuah kerajaan yang sentiasa terbuka kepada penambahbaikan, dengan mengutamakan peningkatan kepintaran, kehijauan dan kebersihan serta peduli kepada rakyatnya.
|
PINTAR, HIJAU, BERSIH
| |
PINTAR
|
Mengguna pakai ilmu pengetahuan sebaik mungkin ke arah kesejahteraan sejagat dengan penekanan terhadap kepintaran dan inovasi dunia digital
|
HIJAU
|
Menggembleng usahasama pelbagai lapisan masyarakat ke arah mewujudkan kelestarian alam semula jadi dan pembaziran sifar
|
BERSIH
|
Memupuk prinsip dan amalan kebersihan rohani dan jasmani secara menyeluruh segenap lapisan masyarakat
|
Subscribe to:
Posts (Atom)